Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, sudah hampir seminggu Kursus Pengurusan
Persatuan (KPP) melabuhkan tirainya. Kursus yang bermula pada 13 September dan
berakhir pada 15 September memberikan banyak input yang berguna kepada para
peserta. Disamping dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama peserta, kursus ini
dilihat dapat memberikan 1001 pengalaman bermakna kepada peserta dalam
menjalankan tugas yang diamanahkan selepas ini.
Tepat jam 6 petang, seramai lebih kurang 40 orang peserta
yang terdiri daripada exco PMFEP, kelab kelab Perakaunan, Ekonomi dan
Perniagaan serta setiausaha dan bendahari beberapa exco telah selamat tiba di
destinasi yang dipilih untuk kami meluangkan masa bersama-sama, Impian Country
Resort. Setibanya kami di sana, kami diberikan masa untuk berehat, bersantai
bersama teman-teman sebelum meneruskan agenda lain di malam hari. Selepas solat
isyak, kami semua berkumpul di dewan yang mejadi tempat tercatatnya pelbagai
peristiwa sepanjang kami disana. Aktiviti pembahagian kumpulan dan sesi ice
breaking berjalan dengan sempurna. Masing-masing diberikan kesempatan untuk mengenali
antara satu sama lain. Diharapkan pengenalan ini menjadi titik tolak kepada
kemanisan ukhuwah selepas ini. Program diteruskan lagi dengan LDK yang
dikendalikan oleh Kelab Ekonomi. LDK yang santai-santai namun memberikan input
yang tersendiri berjalan dengan penuh gelak tawa, gurau senda seolah-olah
terdapat pertalian darah antara kami. Alhamdulillah.. hadiah dari Allah.
tahniah Kelab Ekonomi!
Keesokkan harinya, kami memulakan aktiviti bersama-sama dengan
senaman pagi. Agenda diteruskan dengan Persidangan Mesyuarat Pelarasan aktiviti
PMFEP dan kelab-kelab setelah kami semua bersarapan pagi bersama-sama. Setiap
exco PMFEP dan kelab-kelab membentangkan program-program yang dirancang
sepanjang sesi 2013/2014 ini. Alhamdulillah, banyak program yang dilihat dapat
memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar FEP dan masyarakat sekeliling telah
dikemukakan baik daripada exco PMFEP mahupun kelab-kelab. Setelah semua exco
membentangkan aktiviti masing-masing, persidangan terpaksa ditangguhkan kepada
malam hari untuk memberi laluan kepada slot Penyelarasan dan Kertas Kerja Program
yang disampaikan oleh Encik Abdul Qaiyum Borhan. kemudian disambung lagi dengan
slot Kewangan Program yang disampaikan oleh Encik Amiri bin Mustaffa, Pegawai di
Jabatan Bendahari UKM, Banyak input yang dikongsikan bersama bagi memudahkan
urusan kami untuk berprogram nanti. Terima kasih!
Kepenatan para peserta melalui aktiviti-aktiviti sepanjang
hari telah digantikan dengan riadah yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah KPP,
saudara Muhamad Afif. Alhamdulillah, gelak tawa memenuhi segenap ruang, mengeratkan
lagi ukhuwah antara kami. Persaingan yang wujud secara sihat antara
kumpulan-kumpulan tidak menjadi penghalang untuk mengukir senyuman di bibir
setiap peserta. Kesempatan untuk menghilangkan stress dengan menikmati
keindahan ciptaan Allah digunakan dengan sebaiknya baik peserta lelaki mahupun
perempuan dengan cara yang tersendiri. Alhamdulillah, pengalaman terindah yang
terukir untuk disimpan dalam ingatan. Pada malamnya, kami meneruskan
persidangan yang tertangguh. Namun, Allah lebih mengetahui.Persidangan
tersebut sekali lagi terpaksa ditangguhkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan.
Untuk mengisi masa yang terluang, kami bersama-sama menikmati BBQ yang telah
siap dihidangkan oleh kawan-kawan Ketua Pengarah sambil layan movie Thailand
‘Pee Mak’. Seronok! Walaupun movie ini terdapat unsur-unsur yang lawak dan lebih bersifat santai, namun
sedikit sebanyak movie yang ditayangkan memberikan pengajaran kepada setiap
peserta tentang sesuatu perkara yang dilakukan mestilah diteliti dengan
sebaiknya tanpa melakukan tindakan yang melulu sehinggakan niat asal untuk
memudahkan urusan orang lain bertukar menjadi kesusahan bagi insan lain.
fikirkan :)
Hari terakhir kami di Impian Country Resort dimulakan dengan
persidangan terakhir di mana pada masa ini kata putus tentang sesuatu program
yang ingin dijalankan telah diambil. Alhamdulillah. Diharapkan keputusan akhir
persidangan tersebut memuaskan hati semua pihak. In shaa Allah, kita bina
keikhlasan itu sama-sama. Setelah selesai bersidang, kami bergotong royong
untuk membuat persiapan majlis perasmian penutup yang akan dirasmikan oleh Timbalan
Dekan, Professor Dr. Ishak Yussof. Peserta bantu membantu untuk memastikan
kelancaran majlis perasmian penutup tersebut. Alhamdulillah, ukhuwah yang
terjalin memaniskan lagi suasana gotong royong tersebut. Majlis perasmian
penutup bermula tepat jam 2 petang setibanya Timbalan Dekan disana. Perasmian
penutup berjalan seperti yang dirancang di mana Timbalan Dekan sempat berkongsi
pengetahuan dan memberi kata-kata semangat kepada setiap peserta sebagai
bekalan untuk kembali berkhidmat di FEP. Majlis tersebut turut disertai dengan watikah
perlantikan dan penyampaian hadiah kepada para peserta. Tahniah semua! Sebelum
Timbalan Dekan beredar, kami sempat merakamkan kenangan bersama beliau. Ketibaan
bas tidak lama kemudian memberitahu kami bahawa kami akan meninggalkan tempat
ini beberapa minit lagi. Segala pengalaman, pengetahuan dan memori
manis,pahit,suka duka yang dilalui bersama akan kami bawa bersama pulang ke UKM.
Susah, senang, gembira, sedih, berjaya, gagal.. kita tak mampu untuk menghalangnya..
tetapi jika kita sentiasa bersyukur, sentiasa ingat Allah, in shaa Allah
senyuman pasti akan terukir jua :) Alhamdulillah..
Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha dengan apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..
saksikan video yang telah disediakan oleh AJK Publisiti.. enjoy it ;)
click here, please :) ---->
KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN(KPP) 2013 PMFEP