Tuesday, 24 September 2013

MEMORI KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, sudah hampir seminggu Kursus Pengurusan Persatuan (KPP) melabuhkan tirainya. Kursus yang bermula pada 13 September dan berakhir pada 15 September memberikan banyak input yang berguna kepada para peserta. Disamping dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama peserta, kursus ini dilihat dapat memberikan 1001 pengalaman bermakna kepada peserta dalam menjalankan tugas yang diamanahkan selepas ini.
Tepat jam 6 petang, seramai lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri daripada exco PMFEP, kelab kelab Perakaunan, Ekonomi dan Perniagaan serta setiausaha dan bendahari beberapa exco telah selamat tiba di destinasi yang dipilih untuk kami meluangkan masa bersama-sama, Impian Country Resort. Setibanya kami di sana, kami diberikan masa untuk berehat, bersantai bersama teman-teman sebelum meneruskan agenda lain di malam hari. Selepas solat isyak, kami semua berkumpul di dewan yang mejadi tempat tercatatnya pelbagai peristiwa sepanjang kami disana. Aktiviti pembahagian kumpulan dan sesi ice breaking berjalan dengan sempurna. Masing-masing diberikan kesempatan untuk mengenali antara satu sama lain. Diharapkan pengenalan ini menjadi titik tolak kepada kemanisan ukhuwah selepas ini. Program diteruskan lagi dengan LDK yang dikendalikan oleh Kelab Ekonomi. LDK yang santai-santai namun memberikan input yang tersendiri berjalan dengan penuh gelak tawa, gurau senda seolah-olah terdapat pertalian darah antara kami. Alhamdulillah.. hadiah dari Allah. tahniah Kelab Ekonomi!

Keesokkan harinya, kami memulakan aktiviti bersama-sama dengan senaman pagi. Agenda diteruskan dengan Persidangan Mesyuarat Pelarasan aktiviti PMFEP dan kelab-kelab setelah kami semua bersarapan pagi bersama-sama. Setiap exco PMFEP dan kelab-kelab membentangkan program-program yang dirancang sepanjang sesi 2013/2014 ini. Alhamdulillah, banyak program yang dilihat dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar FEP dan masyarakat sekeliling telah dikemukakan baik daripada exco PMFEP mahupun kelab-kelab. Setelah semua exco membentangkan aktiviti masing-masing, persidangan terpaksa ditangguhkan kepada malam hari untuk memberi laluan kepada slot Penyelarasan dan Kertas Kerja Program yang disampaikan oleh Encik Abdul Qaiyum Borhan. kemudian disambung lagi dengan slot Kewangan Program yang disampaikan oleh Encik Amiri bin Mustaffa, Pegawai di Jabatan Bendahari UKM, Banyak input yang dikongsikan bersama bagi memudahkan urusan kami untuk berprogram nanti. Terima kasih!

Kepenatan para peserta melalui aktiviti-aktiviti sepanjang hari telah digantikan dengan riadah yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah KPP, saudara Muhamad Afif. Alhamdulillah, gelak tawa memenuhi segenap ruang, mengeratkan lagi ukhuwah antara kami. Persaingan yang wujud secara sihat antara kumpulan-kumpulan tidak menjadi penghalang untuk mengukir senyuman di bibir setiap peserta. Kesempatan untuk menghilangkan stress dengan menikmati keindahan ciptaan Allah digunakan dengan sebaiknya baik peserta lelaki mahupun perempuan dengan cara yang tersendiri. Alhamdulillah, pengalaman terindah yang terukir untuk disimpan dalam ingatan. Pada malamnya, kami meneruskan persidangan yang tertangguh. Namun, Allah lebih mengetahui.Persidangan tersebut sekali lagi terpaksa ditangguhkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Untuk mengisi masa yang terluang, kami bersama-sama menikmati BBQ yang telah siap dihidangkan oleh kawan-kawan Ketua Pengarah sambil layan movie Thailand ‘Pee Mak’. Seronok! Walaupun movie ini terdapat unsur-unsur yang lawak dan lebih bersifat santai, namun sedikit sebanyak movie yang ditayangkan memberikan pengajaran kepada setiap peserta tentang sesuatu perkara yang dilakukan mestilah diteliti dengan sebaiknya tanpa melakukan tindakan yang melulu sehinggakan niat asal untuk memudahkan urusan orang lain bertukar menjadi kesusahan bagi insan lain. fikirkan :)

Hari terakhir kami di Impian Country Resort dimulakan dengan persidangan terakhir di mana pada masa ini kata putus tentang sesuatu program yang ingin dijalankan telah diambil. Alhamdulillah. Diharapkan keputusan akhir persidangan tersebut memuaskan hati semua pihak. In shaa Allah, kita bina keikhlasan itu sama-sama. Setelah selesai bersidang, kami bergotong royong untuk membuat persiapan majlis perasmian penutup yang akan dirasmikan oleh Timbalan Dekan, Professor Dr. Ishak Yussof. Peserta bantu membantu untuk memastikan kelancaran majlis perasmian penutup tersebut. Alhamdulillah, ukhuwah yang terjalin memaniskan lagi suasana gotong royong tersebut. Majlis perasmian penutup bermula tepat jam 2 petang setibanya Timbalan Dekan disana. Perasmian penutup berjalan seperti yang dirancang di mana Timbalan Dekan sempat berkongsi pengetahuan dan memberi kata-kata semangat kepada setiap peserta sebagai bekalan untuk kembali berkhidmat di FEP. Majlis tersebut turut disertai dengan watikah perlantikan dan penyampaian hadiah kepada para peserta. Tahniah semua! Sebelum Timbalan Dekan beredar, kami sempat merakamkan kenangan bersama beliau. Ketibaan bas tidak lama kemudian memberitahu kami bahawa kami akan meninggalkan tempat ini beberapa minit lagi. Segala pengalaman, pengetahuan dan memori manis,pahit,suka duka yang dilalui bersama akan kami bawa bersama pulang ke UKM. Susah, senang, gembira, sedih, berjaya, gagal.. kita tak mampu untuk menghalangnya.. tetapi jika kita sentiasa bersyukur, sentiasa ingat Allah, in shaa Allah senyuman pasti akan terukir jua :) Alhamdulillah..

Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha dengan apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..

saksikan video yang telah disediakan oleh AJK Publisiti.. enjoy it ;)

click here, please :)  ---->  KURSUS PENGURUSAN PERSATUAN(KPP) 2013 PMFEP

0 comments:

Post a Comment