Thursday, 24 April 2014

BICARA ILMU~KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, bertarikh 24 April 2014, telah berlangsungnya satu lagi program anjuran Exco Pembangunan Modal Insan PMFEP.  Program Bicara Ilmu yang diberi nama “Kerana Dirimu Begitu Berharga” telah menjemput Ustazah Adawiah Lias selaku Ketua Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk berkongsi ilmu yang dimiliki mengenai Aurat lelaki dan perempuan. Kata Ustazah Adawiah di akhir bicara, “Apa yang kita bawa, belum tentu yang kita punya. Maka, kongsilah”.

Program yang bermula jam 5 petang bertempat di DK4 FEP telah menerima sambutan yang tidak kurang hebatnya daripada para pelajar, mahupun staf FEP sendiri. Perjalanan program selama hampir 2 jam dengan pelbagai perkongsian pengetahuan, pandangan, nasihat diharapkan dapat dijadikan pembuka jalan bagi para pelajar untuk terus muhasabah diri sendiri dalam usaha untuk menjadi hambaNYA yang diredhai di dunia dan akhirat sana. In shaa Allah. Percayalah,tidak pernah terlewat bagi kita untuk belajar.  

Turut berlangsung, Kuiz berkaitan Aurat bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang di hadapan lif, FEP. Pemberian sarung lengan dan stoking kepada para pelajar yang menyertai kuiz tersebut dilihat sebagai satu inisiatif terbaik bagi menggalakkan lebih ramai sahabat-sahabat menutup aurat dengan sempurna. Masuklah kedalam islam sepenuhnya. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Siapa kita untuk mengatakan buluh keras sudah tidak lagi boleh dilentur? Letakkan lah harapan pada al-Malik ar-Rahman ar-Rahim, yang membolak-balik hati sesiapa jua dikehendakiNYA.

Terima kasih dan tahniah kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan semua AJK yang telah bertungkus lumus memastikan program yang dianjurkan dapat berjalan dengan lancar seiring dengan perancanganNYA. Semoga usaha kecil ini diteruskan lagi pada masa akan datang seterusnya dapat memberikan impak yang besar kepada diri setiap daripada kita.












Kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang program berlangsung.


Wasalam.

0 comments:

Post a Comment