Assalamualaikum dan
salam sejahtera semua :)
Jika semua yang kita
kehendaki itu terus kita miliki, dari mana kita belajar ikhlas?
Jika semua yang kita
impikan itu segera terjadi, dari mana kita belajar erti sabar?
Jika setiap doa kita
itu terus dimakbulkan, bagaimana kita dapat belajar erti ikhtiar?
Jika hidup kita itu
selalu bahagia, bagaimana kita dapat kenal Allah dengan lebih dekat?
Yakinlah dan percaya
segala ketentuanNya adalah yang terbaik untuk kita.
Untuk makluman semua, perasmian Emacc Festival telah disempurnakan oleh
Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, iaitu Prof. Dr. Nor Ghani Md Nor. Turut
sama hadir, Prof. Dr. Ishak Bin Yussof, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar,
Akademik, Alumni dan Antarabangsa, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Prof.
Madya Tamat bin Sarmidi, Penasihat program Emacc Festival ini. Syukur, dengan
izinNYA, majlis perasmian berjalan lancar dengan kehadiran rakan-rakan
Fep, malahan tambah bermakna dengan perkongsian pengetahuan dan pengalaman oleh
Dekan Fep sendiri yang mana dapat dijadikan bekalan buat para pelajar bagi menghadapi realiti
alam pekerjaan yang lebih mencabar nanti. Turut berlangsung sepanjang program ialah
Ekspo dan Jualan, yang mana melibatkan pelajar Fep sendiri menimba pengalaman
berurus niaga, Photoshoot Session serta Pameran Penubuhan Sejarah Ukm.
Hari ke-2 Emacc Festival diisi dengan Career Talk bertajuk “Insight Into
What Maybank Looks For Hiring A Fresh Graduate” yang disampaikan oleh Mr Rudy
Rodzila. Mr Rudy yang memegang jawatan sebagai Vice President, Head Direct
Retail, Distribution Division Etiqa Insuran dan Takaful, Maybank Group sudi berkongsi pengetahuan yang dimilikinya bersama-sama para pelajar
yang hadir bagi mempersiapkan diri para pelajar mengorak langkah ke destinasi
pekerjaan. Suasana santai memenuhi ruang DK1 disamping peluang yang ada juga
digunakan sebaiknya oleh pelajar dengan bertanyakan pelbagai persoalan yang
bermain di fikiran selama ini. Terima kasih Mr Rudy atas kesudian berkongsi
ilmu yang dimiliki. Semoga ia menjadi input berguna kepada para pelajar
sekalian. Selain itu, pemeriksaan kesihatan turut diadakan bersempena Hari
Mahasiswa Sihat dimana para pelajar dapat menggunakan peluang ini bagi
mengetahui tahap kesihatan mereka, dalam masa yang sama para pelajar turut menyertai kuiz
kesihatan yang dijalankan.
Berilah, dan kamu akan diberi
Kerana ukuran yang kamu pakai untuk mengukur
Akan diukurkan kepadamu
Bertarikh 12 Mac 2014, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menerima kunjungan
daripada Anak Yatim Darul Al-Falah. Ketibaan mereka tepat jam 9.30 pagi
dimulakan dengan sesi ice-breaking, diteruskan lagi dengan pembahagian
kumpulan, aktiviti bersama fasi, LDK, lawatan sekitar UKM dan lain-lain.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah tulus mereka. Senyuman manis tidak pernah
lekang dari bibir mereka membalas kembali senyuman yang dilemparkan kepada
mereka. Mulut yang petah bercerita memperihalkan tentang diri, berkongsi impian
yang ingin dicapai, meluahkan segala keinginan di hati tidak langsung
menampakkan apa yang tersirat di hati mereka.
Buatlah satu kebaikan yang terus
hidup, walaupun setelah kita tiada.
Dalam masa yang sama, tepat jam 2 petang,
berlangsungnya 1 lagi Career Talk yang dibawakan khas untuk pelajar daripada
MICPA-ICAA. Program yang mengambil masa selama 2 jam tersebut diharapkan dapat
dijadikan platform bagi para pelajar mencari sebanyak mana pengetahuan yang
tidak mungkin dapat diperolehi jika hanya menghadirkan diri ke kelas. Terima
kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak
langsung dalam menjayakan Career Talk ini terutamanya Kelab Perakaunan FEP.
Pertandingan “Betul ke Bohong?” yang dikendalikan oleh Kelab Ekonomi turut
dijalankan serentak pada jam 2 petang bertempat di Bilik Seminar 3.
Alhamdulillah, program yang bertujuan menguji pengetahuan pelajar-pelajar
disamping menggalakkan para pelajar bersaing secara sihat diharapkan dapat
memberikan manfaat kepada semua yang terlibat tidak kira penganjur mahupun
peserta. In shaa Allah.
Di samping itu, dataran FEP kembali meriah dengan
adanya pemberian ais krim dan cendol secara percuma kepada semua warga FEP dan
anak-anak yatim bermula jam 2 petang. Inisiatif ini dilihat dapat dijadikan
platform untuk para pelajar, pensyarah dan staf-staf FEP untuk berkumpul
bersama-sama bagi merapatkan lagi ukhuwah yang terjalin. Moga Allah kekalkan ukhuwah tersebut. :)
Turut berlangsung di pagi hari ialah Diskusi
Buku Jalanan bertempat di Kiosk FEP. Alhamdullilah. Program Diskusi Buku Jalanan
mendapat sambutan yg hebat daripada seluruh warga UKM. Terima kasih semua hadir
dan turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Hari ke-4 program Emacc Festival diisi dengan pameran kerjaya untuk pelajar
(Job Fair) di mana kami telah menjemput beberapa syarikat yang tidak kurang
hebatnya bagi membuka booth di dataran FEP untuk para pelajar menggunakan
peluang yang ada bagi mengetahui dengan lebih mendalam tentang kerjaya mereka
pada masa hadapan. Seterusnya, Ceramah “Jihad Business” Daripada Iluvislam
turut dimasukkan dalam program Emacc Festival ini. Ceramah tersebut diadakan di
Masjid UKM yang telah disampaikan oleh Encik Koyube, CEO Iluvislam.com memberikan
seribu satu gambaran kepada hadirin yang hadir untuk mengorak memulakan
business, dengan niat kerana Allah. In shaa Allah.
Kesibukan Crew Emaac Festival membuat persiapan majlis penutup menandakan
program Emacc Festival bakal melabuhkan tirainya yang dibuka selama 5 hari
berturut-turut. Bertarikh 14 Mac 2013, majlis penutup Program Emacc Festival
telah disempurnakan oleh Prof. Dr Ishak Yusoff, Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi
Dan Pengurusan dengan kehadiran pelajar-pelajar Ekonomi Universiti Malaysia
Terengganu sebagai tetamu jemputan.Terima kasih. Sesi Penyampaian Hadiah kepada para pemenang turut dimasukkan. Majlis penutup tersebut turut memasukkan
slot “Sembang Santai bersama Mr Bie” yang diterbangkan khas dari Sabah. Semoga
apa yang disampaikan oleh Mr Bie melekat dalam hati hadirin yang hadir. In shaa
Allah.
Allah knows what is the best for you and when it’s best for you to have it.
Turut diselitkan ialah aktiviti Jom “Ride it” dimana seramai hampir 30 Crew
Emacc bersama-sama meluangkan masa mengayuh basikal sekitar UKM yang diadakan 1
hari sebelum bermulanya program Emacc. Aktivit yang berbentuk riadah itu
diharapkan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara Crew Emacc
Festival.
Selain itu, jangan lupa untuk mengunjungi Pusanika pada 24-28 Mac 2014
bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Ada apa disana?
Ayuh datang beramai ramai untuk berpeluang dapatkan hadiah menarik dari
kami.
1. Handset Lenovo (5 inci)
2. Printer 3 in one canon
3. Power Bank
4. Pendrive
5. Hamper.
Dapatkan cabutan bertuah dengan pembelian Rm50 Keatas di mana-mana gerai di
Pusanika UKM.
Pembayaran melalui baucar buku juga diterima(untuk gerai tertentu sahaja).
Butiran mengenai cabutan bertuah :
Tarikh : 27 Mac 2014
Tempat : Aras 5 Pusanika
Masa : 12 tengah hari
Jangan lepaskan peluang yang ada! :)
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar mengikut perancanganNYA.
Tahniah dan terima kasih kepada semua Crew Emacc Festival yang telah bertungkus
lumus berusaha bagi menjayakan festival ini.
Bukanlah Dia melihat hasil yang engkau tuai, tetapi dia melihat seberapa
kuat usahamu, serta berapa kuat tawakalmu kepadaNYA.
Apabila kita mudahkan urusan orang lain, maka Allah akan memudahkan segala
urusan kita. Hatta jika kita berada dalam kesusahan pada tika itu, bantuan
Allah akan datang tanpa di duga.
Usahlah mengharap balasan dunia kerana adakalanya ia tidak adil buat kamu
Manusia adakalanya tersilap menilai
Ikhlaskan perbuatanmu kerana Allah
Pasti Allah tidak akan menghampakan.
Tahniah dan Terima Kasih Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan semua Crew Emacc Festival! :)
Assalamualaikum.