Welcome to Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Selamat datang ke Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Iftar FEP Ke-2.

Iftar semarak Ramadhan.

Ucapan Selamat Berpuasa dari Presiden PMFEP.

Selamat menduduki peperiksaan akhir Sesi 2012/2013.

Tuesday, 23 July 2013

IFTAR PERDANA

Assalamualaikum..
Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tak diundang,
Memberi apa yang tak dirancang,
Memaksa kita untuk mempelajari sesuatu yang telah tertulis.
Namun..
Takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan,
Menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan,
Menghadiahkan kemanisan dalam kegembiraan,
Serta menyemai benih keakraban.

23 JULAI 2013..
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, PMFEP dengan kerjasama Sahabat Ekonomi Islam Club berjaya menganjurkan iftar Perdana FEP untuk kali pertama Ramadhan kali ini. Dataran FEP menjadi saksi dimana perbezaan bukan penghalang untuk kami meluangkan masa bersama-sama bagi memeriahkan majlis berbuka puasa kali ni. Berbeza course, berbeza pendapat, berbeza warna kulit, berbeza tingkah laku, berbeza asal usul, namun itu semua bukan alasan untuk kami memulakan perkenalan di samping mengukuhkan ukhuwah yang telah lama terjalin.

Jam 6.30 petang, dataran FEP mula dipenuhi oleh pelajar-pelajar baik lelaki mahupun perempuan. Jangkaan awal di mana seramai  120 pelajar yang akan hadir meleset sama sekali apabila seramai hampir 180 pelajar yang memenuhi ruang dataran FEP. Saat ini, dapat dilihat kemanisan ukhuwah yang jarang-jarang sekali dapat dirasai. Yang lelaki, saling membantu menyiapkan tempat untuk berbuka puasa, yang perempuan bekerjasama menyediakan hidangan berbuka puasa.  Seolah-olah satu keluarga. KELUARGA FEP.. =)

Selesai semua persiapan, masing-masing mula mengambil tempat sementara menanti waktu berbuka. Tepat jam 7.30 malam, azan mula berkumandang. Setelah doa dibaca, semua pelajar mula menjamah nasi beriani yang diletakkan didalam talam, cukup untuk 5 orang pelajar 1 talam. Indahnya saat berkongsi 1 talam menikmati rezeki Allah  =’)

Selesai berbuka, majlis diteruskan dengan solat maghrib dan solat hajat mendoakan kesihatan salah seorang pensyarah FEP yang kini sedang menerima pemberian dari Allah yang isinya adalah ujian. kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk En Ahmad Khairy Ahmad Domil atau En.Akad yang kini terlantar HUKM.

Masa yang berbaki sebelum masuknya waktu isyak digunakan dengan slot pengisian diri. Semoga input-input yang dikongsikan bermanfaat. Selesai solat isyak dan terawih berjemaah, pelajar mula beransur pulang. Dataran FEP kembali 'kosong' seperti sedia kala.
In shaa Allah, selepas ini akan diadakan lagi siri iftar Perdana Fep pada minggu seterusnya. 

~gambar menceritakan segalanya~ 















Kami memohon maaf atas sebarang kesilapan dan kekurangan yang timbul sepanjang program ini berlangsung. 
Terima kasih teman-teman untuk segalanya! 


wasalam..

Thursday, 11 July 2013

BUKA PUASA DI DATARAN MERDEKA

Umat Islam dijemput menghadiri majlis berbuka puasa di sepanjang Jalan Raja dan Dataran Merdeka di ibu negara pada setiap hujung minggu sepanjang Ramadan ini, sempena Festival Ramadan 2013.
Majlis berbuka puasa itu adalah Program Merakyatkan Seni Budaya ‘Jom Buka Puasa’ yang akan menyajikan hidangan asas seperti buah kurma, kuih-muih dan bubur lambuk disediakan pihak Masjid Jamek Kampung Baru pada 13-14 Julai, 20-21 Julai, 27-28 Julai dan 3-4 Ogos.
Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Abdul Ghaffar Thambi, berkata acara ‘Jom Buka Puasa’ itu antara lapan aktiviti sempena Festival Ramadan 2013 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Jabatan Kem
ajuan Islam Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Majlis buka puasa itu akan diisi dengan tazkirah Ramadan dan bacaan ayat suci al-Quran oleh qari dan qariah generasi muda bermula 6 petang.
Acara perdana 4 Ogos

“Acara perdana akan diadakan pada 4 Ogos dengan pengisian tambahan iaitu ceramah agama oleh ustaz Haslin Baharim, Konsert Rohani dan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah,” katanya pada majlis pelancaran acara itu di sini, semalam.
Abdul Ghaffar berkata, program lain sempena festival bertemakan ‘Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Yang Menerima’ ialah Pertandingan Nasyid dan Marhaban, Tadarus Al-Quran, Ziarah Sahur, Peragaan Busana Muslimah, Kem Remaja Ramadan, Pertandingan Cipta Lagu Nasyid dan Pertandingan Cipta Lagu Raya.
Beliau berkata, Kem Remaja Ramadan akan diadakan 26 hingga 28 Julai di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan pengisian aktiviti kem ini ialah tadarus al-Quran, qiamullail, solat berjemaah, motivasi kuliah dan ceramah agama.
“Pertandingan Cipta Lagu Nasyid dan Pertandingan Cipta Lagu Raya dibuka penyertaan kepada komposer profesional dan amatur warganegara Malaysia. Pemenang utama bagi kedua-dua pertandingan ini akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 manakala lima pemenang sagu hati akan menerima RM5,000 setiap seorang,” katanya. - BERNAMA


Program Ziarah Sahur akan disertai artis popular seperti Jamal Abdillah, Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Wawa Zainal dijangka berkunjung ke lokasi terpilih memberi sumbangan barangan keperluan harian dan makanan untuk keperluan sahur, katanya.



Monday, 8 July 2013

WHO YOU ARE


Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat..
Orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat..

Namun, Allah menilai berdasarkan keikhlasan dan istiqamah kita pada amalan walaupun sekumit.. ^_^

Sunday, 7 July 2013

SELAMAT DATANG BULAN PERJUANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
“Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, nescaya akan diberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang telah berlalu”
(HR al.Bukhari dan Muslim)

In shaa Allah, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita sebagai umat islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang sering kali ditunggu-tunggu oleh kita semua. Baik seorang kanak-kanak yang baru pertama kali ingin merasai kenikmatan berpuasa, mahupun golongan dewasa yang sudah melaluinya selama bertahun-tahun, semuanya bagaikan tidak sabar untuk menghadapi ujian di bulan Ramadhan. Sama ada persiapan telah dibuat sepenuhnya ataupun tidak, ujian tersebut tetap akan kita lalui apabila telah ditentukan masa dan tarikhnya oleh Allah. Lulus atau gagal dalam ujian tersebut? Kita yang pilih!

Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut :
"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu"
 (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

B.O.N.U.S??
Niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.

Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" 
(Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. in shaa Allah. Sama-samalah kita menunaikan ibadat puasa ini dengan penuh keimanan disamping mengharapkan Ramadhan kali ini dapat memberi seribu satu erti kepada kita semua. In shaa Allah.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKALIAN.

wasalam.