Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua, baru-baru ini,
melabuhkan tirai November, FEP telah menerima kunjungan daripada Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan(KMNS) seramai lebih kurang 80 orang pelajar bersama
2 orang guru pengiring. Kunjungan mereka tiba jam 9 pagi dan dimulakan dengan
sedikit taklimat dan perkongsian daripada Naib Presiden PMFEP, Muhamad Afif bin
Mohamad. Sedikit pengetahuan mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia amnya dan
mengenai Fakulti Ekonomi dan Pengurusan khususnya telah dikongsikan
bersama-sama adik-adik KMNS sebagai persediaan kepada mereka andai mereka
terpilih untuk menjejakkan kaki menimba ilmu disini kelak.
Sebelum meneruskan slot seterusnya, adik-adik mengisi perut mereka terlebih dahulu dengan hidangan yang
disediakan. Slot kedua diteruskan dengan slot Sharing Moment “Pengalaman
Sebagai Mahasiswa” yang dikendalikan oleh wakil daripada Managemt Club, Muhammad
Shafiq Bin Mahadzir. Lebih menarik lagi, perkongsian tersebut turut disertai
dengan wakil alumni KMNS iaitu Nurul Mawaddah binti Md Salim selaku Setiausaha
PMFEP. Pelbagai pengalaman, perkongsian, ilmu, pengetahuan serta nasihat
diberikan kepada adik-adik sebagai persiapan sebelum melangkah masuk ke alam
Universiti.
Seterusnya, adik-adik telah dibawa melawat sekitar
FEP dan Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dimana mereka telah dibahagikan
kepada dua kumpulan bagi memudahkan perjalanan mengenali FEP dan PTSL.
Sepanjang perjalanan mengenali setiap sudut FEP dan PTSL, pelbagai persoalan
telah diutarakan oleh adik-adik menampakkan lagi keterujaan mereka untuk
menjadi salah seorang pelajar FEP,UKM satu hari nanti. Sama-sama doakan :)
Tidak berhenti di situ sahaja, sebelum
adik-adik pulang, mereka dibawa bersiar-siar di sekitar UKM dengan menaiki bas
mereka di mana wakil-wakil PMFEP turut serta menaiki bas mereka. Adik-adik
dibawa untuk mengenal Fakulti, Pusat Kesihatan, Kolej, Stadium, Danau, Puri
Pujangga, Dectar, Masjid dan lain-lain tempat di UKM. Pelbagai gelagat dapat
diperhatikan. Pelbagai pertanyaan disuarakan. Gelak ketawa turut memenuhi
segenap ruang bas. Senyuman kegembiraan terukir manis di bibir adik-adik
mahupun wakil-wakil PMFEP sendiri.
Pertemuan dan perpisahan sudah menjadi
lumrah kehidupan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan walaupun dalam jangka
masa yang singkat. Tepat jam 1 petang, lambaian perpisahan dengan berat hati
terpaksa di hulurkan. Setiap pertemuan yang terjadi meninggalkan kenangan,
tetapi setiap perpisahan tidak semestinya meninggalkan memori. Andai
diizinkanNYA, pertemuan pasti menjenguk kita kembali :) In shaa Allah..
Takdir yang tertulis.. :)
Wasalam. Terima kasih semuanya :)
0 comments:
Post a Comment