Welcome to Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Selamat datang ke Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Iftar FEP Ke-2.

Iftar semarak Ramadhan.

Ucapan Selamat Berpuasa dari Presiden PMFEP.

Selamat menduduki peperiksaan akhir Sesi 2012/2013.

Friday, 27 December 2013

REHLAH : FEP-AIR CHALLENGE

Hanya dengan memberi
kita sebenarnya membuka pintu
untuk menerima dengan lebih banyak lagi


Alhamdulillah, kesyukuran dititpkan didalam doa atas kesempatan ini. Pasti semua sudah sedia maklum dimana baru-baru ini, Exco Sukan dan Rekreasi PMFEP 13/14 telah menganjurkan “Rehlah : FEP-Air Challenge” yang diadakan pada hari Sabtu, 21 Disember 2013. Bertempat di Skytrex, Taman Botani Shah Alam. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam daripada UKM ini disertai seramai 50 orang pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada aktiviti luar yang lasak dan mencabar kepada mahasiswa, memupuk semangat kerjasama antara mahasiswa dan semangat berkumpulan dan mengeratkan lagi tali hubungan silaturrahim

Skytrex adalah satu bentuk sukan rekreasi yang memerlukan peserta berjalan di udara berserta beberapa halangan. Ia menyediakan 3 peringkat kesukaran dan peserta memilih untuk melaksanakan peringkat “extreme challenge” iaitu tahap yang paling sukar, dimana mengandungi 34 halangan dan tingginya adalah kira-kira 22 meter daripada tanah.

Peserta tiba di sana lebih kurang jam 11 pagi, sedikit kelewatan berlaku disebabkan beberapa masalah yang berlaku. Walau pun terdapat beberapa orang peserta yang melalui laluan ‘emergency’ di mana peserta tidak berani melaksanakan cabaran tersebut, semoga aktiviti ini dapat memberi pengalaman baru kepada para peserta supaya lebih berkeyakinan dan berani. Lebih kurang jam 3 petang, setelah aktiviti berakhir, masa yang ada digunakan untuk makan, solat dan persiapan diri sebelum pulang. Lebih kurang pukul 4 petang perjalanan pulang ke UKM bermula.


"Kami daripada pihak Exco Sukan dan Rekreasi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang menyokong program ini dan AJK yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung. Kami memohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan. InsyaAllah aktiviti seperti ini akan di adakan lagi pada masa akan datang" 
(Nor Azri Nordin & Nurul Najwa binti Kornain)
Exco Sukan dan Rekreasi  

Apa kata peserta yang mengikutinya?






cerita sepanjang program Rehlah : FEP-Air Challenge, Skytrex, Taman Botani Shah Alam?




















Tahniah kepada semua yang mengikuti program ini.
Maaf dihulur andai terdapat sebarang kekurangan. 
Terima kasih.

Sama-sama kita nantikan kemunculan Rehlah FEP yang seterusnya. in shaa Allah..

Wednesday, 25 December 2013

KELAB EKONOMI SEMESTER 1~SYABAS!!!

Assalamualaikum
“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan”

buatlah apa yang kita suka,
sukalah apa yang kita buat..
jika belum jumpa apa yang kita suka,
sukalah apa yang kita ada.

Alhamdulillah, sepanjang 1 semester 2013/2014, seperti yang diketahui umum, Kelab Ekonomi UKM telah menganjurkan beberapa program yang dapat memberikan input kepada mereka yang menyertainya, baik kepada ahli jawatankuasa Kelab Ekonomi mahupun para peserta. Program yang dijalankan dilihat sebagai satu usaha untuk memberikan pendedahan kepada para peserta tentang ilmu dan pengalaman yang tidak mungkin dikecapi jika hanya belajar di dalam kelas. Program-program tersebut juga tidak lain tidak bukan adalah bagi merapatkan ukhuwah sesama insan. In shaa Allah.

Tertanya-tanya program Kelab Ekonomi yang berjaya menarik perhatian ramai pihak?


Meluangkan masa seharian di Zoo Taiping, para peserta bertungkus lumus membersihkan kawasan –kawasan sekitar zoo disamping mengambil peluang untuk memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang jinak. Program yang disertai oleh hampir 35 orang ini bukan sahaja memberikan faedah kepada peserta dalam bentuk pengalaman, namun turut memberikan kebaikan kepada haiwan-haiwan disana dari segi penjagaan kebersihan dan alam sekitar. Kepenatan seharian bersama-sama menghulurkan bantuan dalam satu ikatan ukhuwah akhirnya memberikan kegembiraan di setiap wajah, juga di dalam hati. Tahniah Ketua Pengarah dan ahli jawatankuasa!























Kelab Ekonomi juga turut berkesempatan menganjurkan program --->


Seramai 40 orang peserta mengikuti program ini dengan tujuan untuk mendapatkan pengetahuan tentang motif utama wujudnya Wilayah Iskandar apabila program ini turut diselitkan dengan lawatan ke Iskandar Malaysia. Di sana, para peserta dikongsikan dengan pelbagai ilmu termasuk mendapat info tentang projek-projek di bawah Wilayah Iskandar. Semoga ilmu yang diperolehi dapat memberikan manfaat kepada peserta. In shaa Allah. Tidak terhenti di situ sahaja, Kelab Ekonomi turut membawa peserta meninjau keindahan Gunung Ledang sebagai inisiatif untuk merehatkan minda seketika setelah penat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Bersama-sama di dalam satu ikatan yang dipanggil persahabatan, masa yang ada diisi dengan aktiviti BBQ serta bertukar-tukar cerita sesama peserta baik dari segi pelajaran mahupun kehidupan. Gurauan,senyuman, gelak tawa, kegembiraan menjadi milik para peserta yang mengikutinya. Tidak percaya? Ini buktikannya :)


























Tahniah sekali lagi kepada Ketua Pengarah program dan ahli jawatankuasa!

Tidak dilupakan, Kelab Ekonomi turut mengadakan program Bicara Kerjaya bersama Alumni dan program tahunan mereka bersama gelandangan serta pelbagai program yang lain.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga terus memberikan manfaat kepada semua.

Nantikan program daripada Kelab Ekonomi pada semester 2 nanti!

Assalamualaikum.