Sunday, 1 December 2013

WACANA ILMIAH~GST,BERSEDIAKAH KITA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izinNYA, syukur dan terima kasih Allah kerana telah mengizinkan program wacana ilmiah bertajuk GST, BERSEDIAKAH KITA? berlangsung dengan baiknya. Diakui, kehadiran mahasiswa mahasiswi serta pensyarah diluar jangkaan. Kehadiran mahasiswa mahasiswi FEP tidak kira tahun, pengkhususan, kaum, ditambah dengan mahasiswa mahasiswi luar FEP, serta dimeriahkan lagi dengan ketibaan pensyarah-pensyarah dan staf-staf seolah-olah memberi satu perspektif bahawa isu GST begitu memberi impak dalam diri setiap individu. Kesanggupan untuk menghadirkan diri di Dewan Kuliah 2, FEP selama hampir 3 jam adalah untuk mendapatkan satu jawapan,satu penjelasan,satu kepastian mengenai satu persoalan ‘GST,BERSEDIAKAH KITA?’

Seperti yang sedia maklum, program wacana ilmiah ini merupakan satu program anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Kelab Ekonomi bertujuan untuk menyediakan platform kepada orang ramai khususnya mahasiswa dan mahasiswi UKM untuk mengetahui dengan lebih mendalam isu dan persoalan berkaitan GST.

Wacana ilmiah pada kali ini menampilkan ahli panel yang berpengalaman dan orang yang tepat dalam mengupas isu berkaitan GST iaitu Prof. Dr. Mansor Jusoh, Dr. Mohd Rizal Bin Palil, Dr. Rosli Yaakop serta Moderator  Dr. Mohd Adib Bin Ismail.

Diharapkan setelah mengikuti program ini, mahasiswa mahasiswi mahupun pensyarah dan staf yang hadir mendapat input yang berguna serta pengetahuan yang lebih mendalam mengenai isu tersebut untuk dikongsikan bersama yang lain.

Apa kata mahasiswi yang hadir?


Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa menghadirkan diri didalam program tersebut. Kami juga memohon kemaafan andai terdapat kekurangan sepanjang program tersebut berlangsung. 

Saksikan serba sedikit rakaman program GST,BERSEDIAKAH KITA? yang sempat dirakamkan.


Wasalam.

0 comments:

Post a Comment