Tuesday, 23 July 2013

IFTAR PERDANA

Assalamualaikum..
Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tak diundang,
Memberi apa yang tak dirancang,
Memaksa kita untuk mempelajari sesuatu yang telah tertulis.
Namun..
Takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan,
Menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan,
Menghadiahkan kemanisan dalam kegembiraan,
Serta menyemai benih keakraban.

23 JULAI 2013..
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, PMFEP dengan kerjasama Sahabat Ekonomi Islam Club berjaya menganjurkan iftar Perdana FEP untuk kali pertama Ramadhan kali ini. Dataran FEP menjadi saksi dimana perbezaan bukan penghalang untuk kami meluangkan masa bersama-sama bagi memeriahkan majlis berbuka puasa kali ni. Berbeza course, berbeza pendapat, berbeza warna kulit, berbeza tingkah laku, berbeza asal usul, namun itu semua bukan alasan untuk kami memulakan perkenalan di samping mengukuhkan ukhuwah yang telah lama terjalin.

Jam 6.30 petang, dataran FEP mula dipenuhi oleh pelajar-pelajar baik lelaki mahupun perempuan. Jangkaan awal di mana seramai  120 pelajar yang akan hadir meleset sama sekali apabila seramai hampir 180 pelajar yang memenuhi ruang dataran FEP. Saat ini, dapat dilihat kemanisan ukhuwah yang jarang-jarang sekali dapat dirasai. Yang lelaki, saling membantu menyiapkan tempat untuk berbuka puasa, yang perempuan bekerjasama menyediakan hidangan berbuka puasa.  Seolah-olah satu keluarga. KELUARGA FEP.. =)

Selesai semua persiapan, masing-masing mula mengambil tempat sementara menanti waktu berbuka. Tepat jam 7.30 malam, azan mula berkumandang. Setelah doa dibaca, semua pelajar mula menjamah nasi beriani yang diletakkan didalam talam, cukup untuk 5 orang pelajar 1 talam. Indahnya saat berkongsi 1 talam menikmati rezeki Allah  =’)

Selesai berbuka, majlis diteruskan dengan solat maghrib dan solat hajat mendoakan kesihatan salah seorang pensyarah FEP yang kini sedang menerima pemberian dari Allah yang isinya adalah ujian. kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk En Ahmad Khairy Ahmad Domil atau En.Akad yang kini terlantar HUKM.

Masa yang berbaki sebelum masuknya waktu isyak digunakan dengan slot pengisian diri. Semoga input-input yang dikongsikan bermanfaat. Selesai solat isyak dan terawih berjemaah, pelajar mula beransur pulang. Dataran FEP kembali 'kosong' seperti sedia kala.
In shaa Allah, selepas ini akan diadakan lagi siri iftar Perdana Fep pada minggu seterusnya. 

~gambar menceritakan segalanya~ 















Kami memohon maaf atas sebarang kesilapan dan kekurangan yang timbul sepanjang program ini berlangsung. 
Terima kasih teman-teman untuk segalanya! 


wasalam..

2 comments:

  1. correction --> en ahmad khairy.. en ahmad domil 2 ayahnye kpd en ahmad khairy..:)ape2 pn alhamdulillah..n thniah.. :)

    ReplyDelete